Pembekal Umpan Udang Hidup Di Penang/Kedah


Pembekal Umpan Udang Hidup Di Penang/Kedah
🔊Assalamualaikum abg2 otai pancing🎣🎣 Saya ada mengusahakan kolam Dan menternak udang putih🦐🦐Jadi kalau ada abg2 yg memerlukan udang untuk pancing dan segar🍤🍤Boleh pm saya
😊Saiz terbaik dan murah
💡area Sempadan penang dan kedah🛣

🦐Menyediakan udang hidup
🦐Menyediakan udang segar



Apabila pergi memancing, Abg2 lebih suka menggunakan umpan Udang Hidup. Umpan 
Hidup saya dijual dari RM0.25 - RM0.50 seekor mengikut saiz. Diutamakan kepada 
pembelian secara pukal iaitu melebihi 800 ekor ke atas. berminat boleh hubungi 


LOKASI

KOTA KUALA MUDA

Berdekatan jalan ke pantai merdeka, kedah








TIPS UMPAN UDANG HIDUP TAHAN LAMA


TIP GUNA UMPAN UDANG HIDUP. Umpan udang hidup perlu dijaga dengan baik supaya udang boleh bertahan dan hidup lama. Semasa dalam perjalanan, udang mungkin kepanasan dan boleh menyebabkan udang mati. Selain itu, udang akan sentiasa melompat semasa dalam perjalanan. Keadaan ini boleh menyebabkan udang cepat mati sebelum sampai destinasi dan kita akan rugi. Seeloknya kita masukan sedikit ais dalam plastik lalu diikat ketat dan selepas itu rendam dalam bekas berisi umpan udang hidup tadi, Insyaallah, umpan udang hidup akan bertahan lama walaupun daalam perjalanan yang jauh kerana udang yang kesejukan akan tertidur atau kurang aktif.

  • Ais akan disediakan oleh pihak saya so tak pening nak cari kedai untuk beli ais

Setelah sampai didestinasi memancing, kita juga perlu segera menukar air dalam bekas umpan udang kerana air dalam bekas itu telah kotor. Selain itu, air yang dibekalkan oleh penjual umpan udang hidup kebiasaannya telah lama atau telah diguna berulang kali. Apabila air diganti dengan air laut yang lebih bersih, udang akan menjadi cergas dan hidup lebih lama.

 Udang sangat sensitif dengan pam udara. Pam udara mesti di periksa bateri selalu supaya udang tidak mati jika pam udara mati kerana kehabisan bateri.Selain itu, jika ada udang yang mati perlu dikeluarkan segera kerana udang yang mati boleh mencemarkan kualiti air. Lebih elok jika air selalu ditukar atau diganti supaya udang hidup cergas dan menjadi umpan yang berkualiti.



 SEKIANN.....

Comments